BIOLOGI ONLINE

blog pendidikan biologi

Bougainvillea

Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Caryophyllales
Famili: Nyctaginaceae
Genus: Bougainvillea
Spesies: sila lihat di bawah

Subspecies

Bougainvillea spectabilis

Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: “bougainvillea“) mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.

Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.

Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.

Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

bougainvillea1

02/11/2009 - Posted by | Morfologi Tumbuhan

5 Komentar »

  1. Wah saya punya banyak di rumah Maz..

    Hohohoho..

    Salam…

    Komentar oleh bocahbancar | 02/13/2009

  2. aku juga banyak mlah hasil stek saya satu pot 4warna

    Komentar oleh purwanto, spd | 05/10/2010

  3. MAAF MAU TANYA KALO MAU STE/CANGKOK BUNGA KERTAS BIAR ADA 3-4 WARNA DALAM 1 POHON GMN CARANYA YA?
    MOHON BANTUANNYA YA???
    AKU PUNYA BUNGA KERTAS DI RUMAH BARU ADA 3 WARNA AKU MAU NAMBAH 1 WARNA LAGI,TAPI AKU KURANG TAU CARA STEKNYA GMN?????

    Komentar oleh ghina | 08/22/2010

  4. saya mau tanya ? gimana bagian akar bunga ini

    Komentar oleh Buk Enneng'q | 11/14/2011

  5. saya mw tanya…apakah bunga Bougainvillea bisa hidup di tempat yang lembab atau dia cuman hidup di tempat kring aj,,,
    mhon bntuannya……..???????????????

    Komentar oleh d'princesss | 12/11/2012


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: